Wipro Unza

Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan syarikat global Malaysia yang kebanyakannya bertumpu kepada produk penjagaan peribadi dan keperluan rumah.[1] Ditubuhkan pada 2007 menerusi pemerolehan Wipro Enterprises terhadap Unza Holdings, antara produk terkenalnya ialah Safi, Romano, Enchanteur, Dashing dan Sumber Ayu. Ia dimiliki oleh Wipro Limited, sebuah konglomerat milik negara India.[2][3]Wipro Unza telah menguasai kategori pasaran penjagaan kulit peribadi dengan lebih 60% pasaran tempatan.[4] Selain itu, syarikat ini juga mempunyai kehadiran pasaran di Indonesia, Vietnam, China dan Timur Tengah.[5] Pada tahun 2019, syarikat ini mensasarkan jualan produk sebanyak RM1 bilion bagi tempoh lima hingga enam tahun akan datang.[6] Wipro Unza juga mensasarkan RM2 bilion bagi jualan serata dunia menjelang 2022.[7][8][9]

Rujukan

WikiPedia: Wipro Unza http://www.wipro-unza.com https://bambooinnovator.com/2013/08/22/wipro-unza-... https://www.femagonline.com/2019/07/wipro-unza-SAF... https://www.theedgemarkets.com/article/halal-perso... https://www.wipro-unza.com/malaysia-en/about-us/co... https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/05... https://www.nst.com.my/business/2019/03/464927/wip... https://www.nst.com.my/business/2019/05/486102/wip... https://www.mida.gov.my/home/8197/news/wipro-unza-... https://halalfocus.net/malaysia-wipro-unza-aims-fo...